Ring ring


KHALID AL-WALID ra.
Pedang Allah
Perang Uhud dan Perang Muktah
adalah dua keadaan yang
berbeza sebagaimana
berbezanya peribadi Khalid bin
Al-Walid. Dalam perang Uhud,
beliau adalah panglima Quraisy
yang berjaya mengalahkan
mujahid-mujahid Islam tetapi
perang Muktah menampakkan
penampilan Khalid Al-Walid yang
baru….Beliau adalah hero
penyelamat di saat ambang
kekalahan tentera Islam, ini
membuktikan bahawa beliau
memang layak dikurniakan
anugerah tertinggi panglima
tentera iaitu anugerah 'Pedang
Allah'
Semasa belum memeluk Islam,
beliau adalah musuh Islam yang
paling digeruni di medan perang
kerana strategi perangnya yang
hebat di mana umat Islam telah
mendapat pengajaran yang
cukup hebat ketika perang Uhud
dahulu.
Khalid al-Walid telah memeluk
Islam pada bulan Safar tahun 8H
bersama-sama Uthman b Talhah
dan Amru b Al-As. Setelah itu,
beliau adalah pahlawan yang
berjuang menentang orang-
orang yang menentang
Rasulullah SAW.
Berbicara tentang Khalid,
tentunya tidak lengkap kalau
tidak menceritakan tentang
peristiwa dalam peperangan
Muktah yang memang terkenal
itu.
Dalam Perang Muktah, tentera
Islam yang sedikit bilangannya
telah berdepan dengan lebih
kurang 200,000 orang tentera
Rom. Dalam pertempuran
tersebut, tentera Islam telah
mendapat tentangan yang cukup
dahsyat nyaris-nyaris menerima
kekalahan. Bendera Islam telah
dipegang oleh Zaid b Harithah
yang kemudiannya gugur syahid,
diambilalih pula oleh Jaafar bin
Abu Thalib. Beliau turut syahid,
maka bendera tadi dipegang
oleh Abdullah bin Rawahah yang
juga gugur sebagai syuhada'.
Lantas bendera bertukartangan
kepada Thabit bin Arqam dan
menyerahkannya kepada Khalid
al-Walid. Atas persetujuan ramai,
maka Khalid al-Walidpun menjadi
komandan perang dan terus
mengarahkan tentera Islam
berundur ke Madinah kerana
sudah terlalu ramai yang syahid
dan tentera yang tinggal tidak
mampu untuk bertahan lagi.
Di zaman Khalifah Abu Bakar,
Khalid ditugaskan untuk
mengahpuskan golongan
murtad. Saidina Abu Bakar telah
memberi pidato semangat
kepada tentera Islam yang antara
lainnya berbunyi :"Aku pernah
mendengar Rasulullah SAW
bersabda : "Sebaik-baik hamba
Allah dan saudara dalam satu
suku iaitu Khalid b Al-Walid,
Saifullah, yang pedangnya akan
dihayunkan kepada orang-orang
kafir dan munafik"
Beliau juga ditugaskan untuk
membunuh Musailamah Al-
Kazzab yang mengaku sebagai
nabi dan mempunyai ramai
pengikutnya. Dalam peperangan
tersebut (Perang Yamamah),
ramai tentera Islam yang
terkorban. Khalid All-Walid
sebagai pahlawan sejati yang
pakar dalam strategi peperangan
telah berjaya memberi semangat
baru kepada tenteranya dengan
ucapannya yang penuh karisma.
Beliau berteriak kepada
tenteranya : "Bergembiralah
kerana kami akan melihat setiap
orang akan mengalami bencana
masing-masing"
Dalam Perang Yarmuk
menentang tentera Rom, beliau
telah berjumpa dengan panglima
musuh yang bernama Mahan
yang dengan angkuhnya
merendah-rendahkan moral
tentera Islam. Mahan telah
berkata : "Aku tahu kamu semua
meninggalkan tanah air kerana
terpaksa dan kelaparan. Jika
kamu semua setuju, aku akan
berikan setiap seorang tentera
10 dinar beserta dengan pakaian
dan makanan dengan syarat
mereka berangkat pulang dan
tahun depan jumlah yang serupa
akan dihantar ke Madinah".
Khalid b Al-Walid dengan
tegasnya menjawab : "Kami tidak
akan keluar dari negeri kami
kerana kelaparan seperti yang
engkau sangkakan. Tetapi kami
ialah satu kaum yang suka
minum darah dan kami tahu
tidak ada darah yang lebih lazat
dan nikmat seperti darah orang
Romawi, sebab itulah kami ke
mari"
Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku
komandan perang beerteriak
dengan kuatnya sambil bertakbir
"Allahu Akbar" "Marilah kita
berebut-rebut mencium bau
Syurga". Maka terjadilah
peperangan yang amat dahsyat.
Anak panah bersimpang siur dan
mayat bergelimpangan.
Tiba-tiba seorang tentera Islam
menghampiri Abu Ubaidah b al-
Jarrah r.a.sambil berkata :
"Sesungguhnya aku bercita-cita
untuk mati syahid, adakah
engkau mempunyai sebarang
pesanan yang hendak
disampaikan kepada Rasulullah
SAW, kelak aku akan sampaikan
kepada baginda ketika aku
berjumpanya (di Syurga)"
Jawab Abu Ubaidah b al-Jarrah
r.a : "Ya ! Katakan kepadanya :
"Wahai Rasulullah SAW !
Sesungguhnya kami telah dapati
bahawa apa yang dijanjikan oleh
Tuhan Kami (Allah) adalah benar".
Lalu tentera tadi bertempur
dengan hebatnya dan gugur
sebagai syuhada'.
Dalam suasana perang tersebut
Khalid al-Walid bersemuka
dengan seorang daripada
panglima Romawi yang bernama
George lalu terjadilah dialog
antara keduanya.
George bertanya : "Wahai Khalid,
hendaklah kamu berkata benar
kerana setiap orang yang
merdeka tidak akan berbohong.
Apakah benar bahawa Tuhanmu
telah menurunkan kepada
Nabimu sebilah pedang dari
langit lalu diberikan kepadamu
dan kalau dihayunkan kepada
seseorang pasti dia akan kalah"
Khalid b Al-Walid menjawab :
"Tidak"
George bertanya lagi : "Mengapa
kamu disebut Pedang Allah ?"
Khalid b Al-Walid berkata :
"Bahawa Allah SWT telah
mengutuskan kepada kami
seorang Rasul dari bangsa kami,
tetapi ada yang mempercayainya
dan ada yang mendustanya. Aku
sendiri termasuk dari kalangan
orang yang mendustakannya
tetapi Allah telah membuka
hatiku kepada Islam. Lalu aku
mengadap Rasulullah untuk
memeluk Islam dan janji setia
kepadanya. Rasulullah terus
menyatakan : "Engkau adalah
sebilah pedang dari pedang
Allah"
George bertanya lagi : "Apa yang
kamu dakwahkan kepada
manusia"
Khalid b Al-Walid menjelaskan :
"Supaya mereka mentauhidkan
Allah dan menerima ajaran Islam"
George seterusnya berkata : "Jika
seseorang memeluk Islam
sekarang seperti apa yang telah
berlaku kepadamu, adakah dia
akan mendapat ganjaran ?"
Khalid b Al-Walid menjawab : "Ya,
itulah yang lebih utama"
George berkata : "Bagaimana
yang terjadi kepadamu sebelum
Islam ?"
Khalid b Al-Walid menjawab :
"Kami hidup bersama Rasul lalu
kami lihat tanda-tanda kenabian
serta mukjizatnya. Kami benar-
benar melihat dan
mendengarnya, lalu kami
memeluk Islam dengan mudah.
Tetapi kamu tidak pernah
melihat dan mendengarnya,
kiranya kamu beriman dengan
apa yang tidak kelihatan, maka
ganjaranmu adalah lebih besar
jika kamu beriman kepada Allah
dengan jiwamu"
Akhirnya George telah mengucap
syahadah di hadapan Khalid,
belajar cara solat dan sempat
solat dua rakaat. Kemudian
beliau adalah seorang syuhada'
perang Yarmuk............. !!! dan
tentera Islam berjaya
menumbangkan tentera Rom
yang berjumlah 240,00 orang.
Ramai di kalangan tentera Islam
yang syahid dan tidak kurang
pula yang sakit, luka dan cedera.
Mereka yang cedera parah,
apabila seorang diberikan air,
lantas dia berkata rakannya di
sebelah lebih memerlukan. Lalu
diberikan kepada rakannya, tiba-
tiba orang yang kedua pun
bersikap serupa, lebih
mementingkan rakan yang
lain..........begitulah seterusnya
sehinggakan orang memberi air
berpusing-pusing di antara
mereka tetapi belum ada yang
sudi meminumnya. Maka,
kesemua mereka mati syahid di
medang perang tersebut ! Ini
membuktikan betapa wujudnya
perasaan kasih kepada saudara
seperti kasih kepada diri sendiri
memang menjadi amalan mereka
sebagaimana yang ditarbiahkan
oleh Rasulullah SAW